Sunday, 5 August 2012

SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI

Assalamualaikum...tik tok tik tok..

"apa ni? masih tak clear la pasal kemapanan sumber...."



begitulah kata hati korang semua..
ceceh..bajet sungguh tuan belog ini sampai boleh membaca hati dan fikiran awak semua.
kali ni utk mengclearkan lagi pemahaman anda pasal tajuk kemapanan sumber, kami mahu  mengeshare maklumat kat bawah ni..
lets setat bebeh..!


Macam yang kita semua dah tahu, sumber – sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :


A )Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (‘Renewable energy’) 
B) Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui (‘Non-renewable energy’) 

Jom kita tengok dulu apa itu sumber tenaga yang boleh diperbaharui ni...



SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI 

Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.


Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.

Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas – gas rumah hijau.


1. SUMBER MATAHARI 


Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion – billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran – sinaran Matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.


--> Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk :


  • Memanaskan air – digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang
  • Memanaskan ruang – di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan – bangunan lain.

--> Dua kelemahan tenaga suria ialah :

  • Jumlah cahaya Matahari yang tiba di permukaan Bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca.
  • Disebabkan Matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga. 



--> Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam 2 cara :
a) Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’
b) Loji Kuasa Suria



Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’

Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ ini menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.


 


Maka, kawan-kawan, terbuktilah matahari mmg sgt berguna bagi kita...=)



nyanyi sket...muahaha.....





2. SUMBER ANGIN

Jom kita berkenalan dengan angin pula....=)

Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini ialah kitaran angin semula jadi.

Kitaran Angin Semulajadi 

 
                                      


Ketika waktu siang, udara pada permukaan darat menjadi panas lebih cepat berbanding udara pada permukaan air. Udara panas pada permukaan darat mengembang dan bergerak ke atas, kemudian udara yang lebih berat dan lebih sejuk dengan pantas mengisi ruang yang ditinggalkan, ini yang menyebabkan berlakunya angin. Pada waktu malam, prosesnya adalah terbalik kerana udara pada permukaan darat lebih cepat menjadi sejuk berbanding udara pada permukaan air. 

Tenaga Angin Boleh Menjana Elektrik ???

Ya, angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia sentiasa bertiup.

Bagaimana Turbin Angin Berfungsi ?

 
windmill, 3d windmill, kincir angin,
                                             
  • Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin.
  • Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.


     Kelemahan Menggunakan Tenaga Angin

1.  Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk tenaga angin
2.  Tenaga angin hanya boleh diperolehi daripada kawasan yang mempunyai tiupan angin yang kuat.

Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit – bukau, kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung – ganang yang membentuk terusan angin.
3. Memberi kesan besar kepada populasi burung liar dan lanskap

Kesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin angin ialah ia memberi kesan negatif kepada populasi burung liar dan juga permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan bilah turbin angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan; tapi bagi yang lain, ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa konvensional. 


3. SUMBER AIR ( hidro )

Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik.


Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan.

Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai. 

Kelebihan tenaga air ini termasuklah :

1. Air adalah percuma. 
2. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan. 
3. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan. 



Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia.


Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro.

Air ni penting...jgn bazirkan air ye....

4. BAHAN BAKAR BIOJISIM

Apa biojisim nih?? biologi ke? jisim tu mcm berat ke? hehehehe..haa nak tahu,jom baca kat bawah ni...=)

Biojisim adalah tenaga yang boleh diperbaharui daripada tumbuhan dan haiwan... 
- Biojisim ni ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. 
- ia mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. 
- Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. 

Kenapa biojisim ni tenaga yang boleh diperbaharui ???

1. kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. 

Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah :
a) kayu
b) tanaman
c) baja
d) bahan buangan pepejal - sampah. 


Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.



Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain


--> Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.


--> Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

--> Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

--> Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun. 


--> Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.








Nanti kita sambung pula mengenai 
"SUMBER TENAGA YANG TAK BOLEH DIPERBAHARUI YE..."






1 comments:

Saya Diri Saya said...

ohoi babeeee.. punya la aku dok belek nk wat saimen.. boleh pulak "cikgu zida" pampang blah gmbr tu.. hihihi

Post a Comment