Ok kawan2! hari ni kita sembang pulak tentang
SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI!
macam best je..jom layanzz!!!!!!
Ada 3 sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui iaitu :
1. Petroleum
2. Gas asli
3. Arang batu
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini terhasil dari tanah adalah cecair, gas dan pepejal.
- Minyak mentah (petroleum)adalah satu – satunya bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui yang komersial yang terdapat dalam bentuk cecair.
- Gas asli dan propana selalunya gas dan arang batu adalah pepejal.
- Arang batu, petroleum, gas asli, dan propana semuanya adalah bahan bakar fosil kerana ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta – juta tahun yang lalu.
1. MINYAK (PETROLEUM)
Bagaimana minyak terbentuk?
Bagaimana ianya dijumpai?
- Minyak mentah adalah berbau,
- berwarna kekuningan ke hitaman
- ia selalunya dijumpai di dalam tanah di satu kawasan yang dipanggil takungan.
Para saintis dan jurutera mengkaji kawasan yang dipilih mengenai sample batuan dari Bumi.
Apabila pengiraan telah dibuat, dan kawasan tersebut dikatakan mempunyai minyak, aktiviti mengorek akan dimulakan.
Di atas lubang, satu struktur yang dikenali sebagai ‘derrick’ akan dibina untuk menempatkan peralatan dan paip – paip yang yang menuju ke takungan minyak.
Apabila selesai, takungan minyak di mana minyaknya akan disalurkan ke permukaan.
- Karbon dioksida (CO2) (‘Carbon dioxide (CO2)’)
- Karbon monoksida (CO) (‘Carbon monoxide (CO)’)
- Sulfur dioksida (SO2) (‘Sulfur dioxide (SO2)’)
- Nitrogen oksida (NOX) dan Kompoun Organik Mudah Meruap (VOC) (‘Nitrogen oxides (NOX) and Volatile Organic Compounds (VOC)’)
- Jirim tertentu (‘Particulate matter (PM)’)
- Plumbum dan pelbagai gas toksik seperti benzene, formaldehyde, acetaldehyde, dan 1,3-butadiene mungkin dihasilkan apabila terdapat beberapa jenis petroleum dibakar.
Hampir semua hasil – hasil sampingan ini mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan kita :
- Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau dan sumber kepada pemanasan global.
- SO2 menyebabkan hujan asid, yang mana mengancam tumbuhan dan haiwan yang tinggal di dalam air, dan ia memudaratkan penyakit respiratori dan jantung, khususnya untuk kanak – kanak dan orang tua.
- NOX dan VOC menyumbangkan kepada pemusnahan lapisan ozon, dan juga menyebabkan keradangan dan merosakkan paru – paru.
- PM menyebabkan keadaan berjerebu di Bandar dan kawasan sekitar, menyebabkan asma dan bronkitis kronik, terutama kanak – kanak dan orang tua. ‘PM yang seni’ (sangat – sangat kecil) juga menyebabkan emfisema dan kanser paru – paru.
- Plumbum memberikan kesan kematian kepada kesihatan, terutama kanak – kanak, dan gas toksik kemungkinan bersifat karsinogen.
2. GAS ASLI
Bagaimana Gas Asli Terbentuk?
- Kandungan utama gas asli ialah metana, satu gas (atau kompoun) terdiri daripada satu atom karbon dan empat atom hidrogen.
- Berjuta – juta tahun yang lalu, reputan tumbuhan dan haiwan mereput dan terbentuk menjadi lapisan – lapisan tebal.
- Jirim tumbuhan dan haiwan yang reput ini dipanggil sebagai bahan organik – benda hidup satu ketika dulu.
- Masa berlalu, pasir dan kelodak berubah menjadi batu, menutupi bahan organik, dan terperangkap di bawah batuan.
- Tekanan dan haba merubah sebahagian bahan organik kepada arang batu, sebahagian menjadi minyak (petroleum) dan sebahagian lagi kepada gas asli – gas yang tidak berbau.
Bagaimana Kita Menperolehi Gas Asli ?
Menyalurkan Gas Asli ke Pengguna:
Gas asli disimpan terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pengguna. Ia disalurkan melalui saluran paip dari kawasan penghasilan ke pengguna.
Apabila disejukkan pada suhu yang rendah, lebih kurang -260°F, gas asli boleh berubah bentuk menjadi cecair dan boleh disimpan. Gas ali cecair (LNG) boleh ditempatkan ke dalam kapal tangki (kapal besar dengan beberapa tangki besar). Dan kemudian ditukarkan kembali ke dalam bentuk gas apabila ia sedia dimasukkan ke dalam saluran paip.
Bagaimana Gas Asli Digunakan?
- Gas asli digunakan untuk menghasilkan keluli, kaca, kertas, pakaian, batu bata, elektrik dan sebagai bahan mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk. Sebahagian produk tersebut ialah cat, baja, plastik, bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat – ubatan dan bahan letupan.
- Gas asli juga digunakan di rumah untuk menyalakan dapur, pemanas air, pewarna pakaian dan lain – lain peralatan elektrik.
3. ARANG BATU
Bagaimana Arang Batu terbentuk?
Kegunaan Arang Batu :
Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.
Arang batu banyak digunakan untuk menghasilkan elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik.
Pelbagai industri menggunakan arang batu dan hasil sampingannya. Kandungan bahan arang batu (seperti metanol dan etilena) digunakan dalam membuat plastik, serat sintetik, baja dan ubat – ubatan.
Arang batu juga digunakan untuk membuat keluli. Arang batu dibakar di dalam relau untuk membentu kok (hampas arang batu), yang mana ia digunakan untuk melebur bijih besi menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel untuk membina jambatan, bangunan dan kenderaan. Industri konkrit dan kertas juga menggunakan arang batu dengan jumlah yang besar.
Kelemahan :
Lima bahan utama yang berasosiasi dengan penggunaan arang batu dalam sektor tenaga adalah :
Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.
Arang batu banyak digunakan untuk menghasilkan elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik.
Pelbagai industri menggunakan arang batu dan hasil sampingannya. Kandungan bahan arang batu (seperti metanol dan etilena) digunakan dalam membuat plastik, serat sintetik, baja dan ubat – ubatan.
Arang batu juga digunakan untuk membuat keluli. Arang batu dibakar di dalam relau untuk membentu kok (hampas arang batu), yang mana ia digunakan untuk melebur bijih besi menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel untuk membina jambatan, bangunan dan kenderaan. Industri konkrit dan kertas juga menggunakan arang batu dengan jumlah yang besar.
Kelemahan :
Lima bahan utama yang berasosiasi dengan penggunaan arang batu dalam sektor tenaga adalah :
- Sulfur dioksida (SO2), merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.
- Nitrogen oksida (NOx), yang mana terlibat dalam pembentukan hujan asid dan kabus fotokimia yang tebal.
- Zarah – zarah tertentu, merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.
- Karbon dioksida (CO2), yang merupakan gas rumah hijau yang utama yang dihasilkan dari penggunaan tenaga.
- Merkuri, yang dikaitkan dengan kerosakan perkembangan neurologi kepada manusia dan haiwan lain. Kepekatan merkuri di dalam udara selalunya rendah dan tidak membimbangkan. Namun, apabila merkuri memasuki air – sama ada secara terus atau menerusi pemendapan daripada udara – proses biologi menukarkan ia kepada metilmerkuri, bahan kimia toksik tinggi yang terkumpul di dalam ikan dan haiwan (termasuk manusia) yang makan ikan.
ok...tamat sudah cerita tentang
SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI
DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI...
JUMPA LAGI! K,BAI!~
0 comments:
Post a Comment