Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam lagi...
Apa kata kita melihat dulu apa itu "KEMAPANAN SUMBER"??
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
"mapan" bermaksud tidak berubah-ubah ; mantap ; sudah kukuh.
"kemapanan" membawa maksud keadaan mapan ; kemantapan ;
"sumber" pula membawa maksud asal ; punca ; mula.
sebagai mana yang kita ketahui, SUMBER terbahagi kepada dua iaitu ;
1) SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI
spt air, matahari, udara dan tanah.
2) SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI
spt petroleum, gas asli, nuklear,
Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa KEMAPANAN SUMBER
merujuk kepada ;
Usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Sebagai hamba Allah di muka Bumi ini, kita bertanggungjawab untuk menjaga
dan memelihara alam ini dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menberi manfaat kepada kita dan seterusnya generasi akan datang supaya
dapat menikmati kehidupan yang selesa dan harmonis.