Tuesday, 25 September 2012

ANALISIS DATA BORANG MAKLUM BALAS

Hai semua...Alhamdulillah kami telah selesai melaksanakan pameran
SCE3114 dengan jayanya..

Di bawah ni, kumpulan kami tunjukkan hasil analisis borang maklum balas yang telah diisi oleh pengunjung booth kami.....=)

Soalan
Peratus ,% (N)
Ya
Tidak
1.    Adakah produk ini merupakan sesuatu yang baru bagi anda?
87 %( 26 )
13 %( 4 )
2.    Adakah produk ini berfungsi dengan baik?
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
3.    Anda suka dengan produk kereta dan lampu solar ini.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
4.    Penerangan tentang produk diberikan dengan jelas.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
5.    Booth pameran berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
6.    Jika diberi peluang, adakah anda ingin menggunakan produk seperti ini?
  97 %( 29 )
3 %( 1 )

N = bilangan pengunjung

Soalan 1: Adakah produk ini merupakan sesuatu yang baru bagi anda?
Analisis daripada borang maklum balas bagi soalan pertama menunjukkan bahawa 80 % iaitu 26 orang pengunjung mengatakan bahawa model kereta mainan dan lampu solar ini merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Terdapat 20% (4) orang pengunjung yang mengatakan model ini bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Jawapan ini telah diberikan oleh 4 orang pensyarah dari Jabatan Sains. Ini menunjukkan bahawa kemajuan teknologi sel solar belum begitu meluas di kalangan rakyat Malaysia.

Soalan 2: Adakah produk ini berfungsi dengan baik?
Keputusan menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa model kereta mainan dan lampu solar berfungsi dengan baik. Ini kerana semasa mereka mengunjungi gerai kami, kami telah menunjukkan demonstrasi bagaimana model ini berfungsi secara sebenar. Kereta mainan solar mampu bergerak dengan agak laju kerana keamatan cahaya matahari yang baik serta lampu solar turut menyala dengan baik. 

Soalan 3: Anda suka dengan produk kereta dan lampu solar ini.
Analisis data menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa mereka menyukai produk yang kami hasilkan ini.

Soalan 4: Penerangan tentang produk diberikan dengan jelas.
Analisis data menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa penerangan tentang produk diberikan dengan jelas. Kami telah menyediakan 2 keping board yang penuh dengan informasi mengenai tajuk kemapanan sumber serta info mengenai produk yang kami hasilkan. Kami juga mengambil inisiatif dengan memberi penerangan yang ringkas tetapi padat dan mudah difahami semasa membuat demonstrasi model. 

Soalan 5: Booth pameran berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung.
Data menunjukkan 100 % iaitu 30 orang pengunjung menyatakan bahawa booth pameran kami sangat berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung. Ini kerana kami telah menyediakan maklumat dalam tulisan yang besar dan jelas, gambar-gambar yang banyak, contoh penggunaan sel solar dalam kehidupan manusia kini serta kami telah gunakan kertas serta hiasan berwarna-warni untuk menarik perhatian pengunjung. 

Soalan 6: Jika diberi peluang, adakah anda ingin menggunakan produk seperti ini?
Analisis daripada borang maklum balas bagi soalan terakhir menunjukkan bahawa 97 % iaitu 29 orang pengunjung mengatakan bahawa mereka ingin menggunakan produk seperti ini jika diberi peluang. Ini kerana sel solar merupakan suatu hasil teknologi canggih masa kini yang dapat digunakan sebagai tenaga alternatif bagi menggantikan sumber asli yang kian habis seperti petroleum dan ia juga mesra alam serta dapat menjimatkan elektrik. Cuma terdapat 3 % iaitu seorang pensyarah yang mengatakan bahawa beliau masih belum ingin menggunakan produk ini sekarang kerana harganya masih terlalu mahal.

Respon Pengunjung
Majoriti pengunjung memuji bahawa model kami sebagai inovasi yang sangat kreatif dan menarik. Mereka juga berharap agar produk ini akan dikeluarkan pada masa akan datang. Pameran yang kami jalankan ini juga dikatakan telah memberi pengetahuan baru tentang kegunaan sel solar walaupun mereka tahu bahawa tenaga solar mungkin masih belum dapat dikomersialkan di Malaysia kerana belum ada teknologi yang canggih dalam pembinaan sel solar ini. Maka, terdapat segelintir pengunjung terutama pensyarah memberi nasihat supaya kami boleh panjangkan idea untuk mencipta sel solar ini supaya lebih sesuai dengan keadaan di Malaysia yang mengalami cuaca tidak menentu.

Selain itu, terdapat pengunjung yang memberi maklum balas bahawa kereta mainan solar ini sangat sesuai digunakan semasa sesi pengajaran kerana ia dapat mencipta semangat ingin tahu murid. Maka, secara keseluruhannya kami berasa amat berbangga dan berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan ini kerana ia telah memberi pendedahan baru kepada ramai pengunjung dalam pameran kali ini. 


0 comments:

Post a Comment