Wednesday, 26 September 2012

RAHSIA KEJAYAAN KAMI...

APA YG PENTING?!



Setiap orang ada tugasan masing-masing..
Kerja mesti buat sama-sama...
Setiap orang ada hidup dan kesibukan masing-masing..


Hargai each other! Peace yaaa!



Tuesday, 25 September 2012

ANALISIS DATA BORANG MAKLUM BALAS

Hai semua...Alhamdulillah kami telah selesai melaksanakan pameran
SCE3114 dengan jayanya..

Di bawah ni, kumpulan kami tunjukkan hasil analisis borang maklum balas yang telah diisi oleh pengunjung booth kami.....=)

Soalan
Peratus ,% (N)
Ya
Tidak
1.    Adakah produk ini merupakan sesuatu yang baru bagi anda?
87 %( 26 )
13 %( 4 )
2.    Adakah produk ini berfungsi dengan baik?
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
3.    Anda suka dengan produk kereta dan lampu solar ini.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
4.    Penerangan tentang produk diberikan dengan jelas.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
5.    Booth pameran berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung.
 100 %( 30 )
 0 %( 0 )
6.    Jika diberi peluang, adakah anda ingin menggunakan produk seperti ini?
  97 %( 29 )
3 %( 1 )

N = bilangan pengunjung

Soalan 1: Adakah produk ini merupakan sesuatu yang baru bagi anda?
Analisis daripada borang maklum balas bagi soalan pertama menunjukkan bahawa 80 % iaitu 26 orang pengunjung mengatakan bahawa model kereta mainan dan lampu solar ini merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Terdapat 20% (4) orang pengunjung yang mengatakan model ini bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Jawapan ini telah diberikan oleh 4 orang pensyarah dari Jabatan Sains. Ini menunjukkan bahawa kemajuan teknologi sel solar belum begitu meluas di kalangan rakyat Malaysia.

Soalan 2: Adakah produk ini berfungsi dengan baik?
Keputusan menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa model kereta mainan dan lampu solar berfungsi dengan baik. Ini kerana semasa mereka mengunjungi gerai kami, kami telah menunjukkan demonstrasi bagaimana model ini berfungsi secara sebenar. Kereta mainan solar mampu bergerak dengan agak laju kerana keamatan cahaya matahari yang baik serta lampu solar turut menyala dengan baik. 

Soalan 3: Anda suka dengan produk kereta dan lampu solar ini.
Analisis data menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa mereka menyukai produk yang kami hasilkan ini.

Soalan 4: Penerangan tentang produk diberikan dengan jelas.
Analisis data menunjukkan 100 % iaitu kesemua 30 orang pengunjung menyatakan bahawa penerangan tentang produk diberikan dengan jelas. Kami telah menyediakan 2 keping board yang penuh dengan informasi mengenai tajuk kemapanan sumber serta info mengenai produk yang kami hasilkan. Kami juga mengambil inisiatif dengan memberi penerangan yang ringkas tetapi padat dan mudah difahami semasa membuat demonstrasi model. 

Soalan 5: Booth pameran berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung.
Data menunjukkan 100 % iaitu 30 orang pengunjung menyatakan bahawa booth pameran kami sangat berinformatif dan dapat menarik perhatian pengunjung. Ini kerana kami telah menyediakan maklumat dalam tulisan yang besar dan jelas, gambar-gambar yang banyak, contoh penggunaan sel solar dalam kehidupan manusia kini serta kami telah gunakan kertas serta hiasan berwarna-warni untuk menarik perhatian pengunjung. 

Soalan 6: Jika diberi peluang, adakah anda ingin menggunakan produk seperti ini?
Analisis daripada borang maklum balas bagi soalan terakhir menunjukkan bahawa 97 % iaitu 29 orang pengunjung mengatakan bahawa mereka ingin menggunakan produk seperti ini jika diberi peluang. Ini kerana sel solar merupakan suatu hasil teknologi canggih masa kini yang dapat digunakan sebagai tenaga alternatif bagi menggantikan sumber asli yang kian habis seperti petroleum dan ia juga mesra alam serta dapat menjimatkan elektrik. Cuma terdapat 3 % iaitu seorang pensyarah yang mengatakan bahawa beliau masih belum ingin menggunakan produk ini sekarang kerana harganya masih terlalu mahal.

Respon Pengunjung
Majoriti pengunjung memuji bahawa model kami sebagai inovasi yang sangat kreatif dan menarik. Mereka juga berharap agar produk ini akan dikeluarkan pada masa akan datang. Pameran yang kami jalankan ini juga dikatakan telah memberi pengetahuan baru tentang kegunaan sel solar walaupun mereka tahu bahawa tenaga solar mungkin masih belum dapat dikomersialkan di Malaysia kerana belum ada teknologi yang canggih dalam pembinaan sel solar ini. Maka, terdapat segelintir pengunjung terutama pensyarah memberi nasihat supaya kami boleh panjangkan idea untuk mencipta sel solar ini supaya lebih sesuai dengan keadaan di Malaysia yang mengalami cuaca tidak menentu.

Selain itu, terdapat pengunjung yang memberi maklum balas bahawa kereta mainan solar ini sangat sesuai digunakan semasa sesi pengajaran kerana ia dapat mencipta semangat ingin tahu murid. Maka, secara keseluruhannya kami berasa amat berbangga dan berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan ini kerana ia telah memberi pendedahan baru kepada ramai pengunjung dalam pameran kali ini. 


Friday, 21 September 2012

PAMERAN!!

Tibalah hari yang dinanti-nantikan....
PAMERAN!!!!! yeay!!

Jom layan gambar2 dan video pameran!

ni adalah produk kami..

cantik kan 'booth' kami..??!!

pengunjung pertama!

pensyarah pertama yg melawat! Pn. Normah..;)

nak test...tp awal pagi lg ni..

alahai..kereta pn slow je jalan...



waktu kemuncak!
pengunjung xputus2 datang..

produk baik punya!

jom test! jom tengok!

weeeeee~ berjalan laaa..

ini bukti kereta kami bergerak..hehe..


sesi soal jawab dengan Ms Tan pulak..

peace! berpeluh2 dah..

bersemangat ni..!

junior pun datang...dan sgt tertarik..


sesi penilaian...

DAN...


DAN..


DAN...


ABESLA!~



Thursday, 20 September 2012

PERSIAPAN AKHIR..

Ni la keadaan di saat-saat akhir persiapan kami...

Waaaaa~

dahsyat kannnn..semak gilerrr!!

Gunting, jangan tak gunting cik kak!

 
kereta solar..yg siap di 'mekap'...comel kan?? hihi..

ni pulak..rumah solar...erk..tak.kami fokuskan pada lampu je...

bahagian belakang..

'photoshoot' dulu.....

yeay! ada tapak..

 board pun siap..


Wednesday, 19 September 2012

CUBAAN LAGI...

Dah nama pun SAINS...
mestila banyak "COOBAAA'AAN" kan3?!! hihi..

ni waktu pagi di kelas...
sebelum tunjuk kat PUAN NORDIANA..

siap pasang da kereta..

erm..ada idea tambahan..nak buat RUMAH!..;)


selesai dengan PERBINCANGAN bersama PUAN NORDIANA..
akhirnya kami pun 'ready' untuk tambah bilangan produk!
yeay!

tapi...sel solar pun kenala tambah ye...hee~


ni situasi di waktu petang...!

test sel solar....

ni sel solar baru taw...lg power...! 
sebab lg tinggi voltan berbanding yg lama..


ni CIKGU WIEDA..tekun buat rumah..
kreatif ni cikgu ni...!

ni CIKGU AZLAN...tekun nak pasangkan motor d.c..
pakar ni!

ni CIKGU AZIDA..tekun buat badan kereta...
buat sendiri lg best dari yg sedia ada hari tu..

ni la hasilnyaaa..

cantik tak?? heee..tunggu dulu....
nanti kami 'mekap' kereta ni lawa2! haha...


erkkk..!!!


Sunday, 16 September 2012

CUBAAN PERTAMA...

baru ja CIKGU AZLAN beli barang..
...malam tu...
terus 'excited' nak tengok! hahaha!~
BARANG BAIK la katakan....ngee!~

kereta mainan!

sel solar!


pasang tayar jom!

apa tu??  ok..bahagian2 kereta..

ok..ni mekanik kita!

agak2..ok tak?


psssttt..muka semua da ngantukkk...haha..

Saturday, 15 September 2012

JOM SHOPPING!

Ok...Tugas shopping ni kita serahkan pada yang pakar!!
~Cikgu Azlan~

Agenda : CARI SEL SOLAR
haha..dia ni ja yang pakar bab2 beli barang elektronik..
Terima kasih tidak terhingga!

tengok tu...semangat...!

ni la sel solar yang kami nak...

test..jangan x test..


Akhir sekali, TERIMA KASIH kepada :

bukan senang nak cari kedai ni..
TQ skali lagi utk Cikgu Azlan!


Wednesday, 5 September 2012

BANGUNAN SOLAR?


Korang pernah tak tengok BANGUNAN SOLAR?

Yang menariknya bangunan ni kat Malaysia tau!


Nama bangunan:
Bangunan Tenaga Sifar atau dikenali sebagai 
"Zero Energy Building"


Lokasi:
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Status Pembinaan:
•Bermula: Mac 2006
•Siap : Oktober 2007

Keluasan:
43,060 SF/4.3ekar

Kos:
$6.03 juta


Dengan keluasan hampir 5 ekar tapak bangunan, 
bangunan 
tenaga sifar Pusat Tenaga Malaysia (PTM) 


telah 

meletakkan Malaysia pada peta serantau sebagai
negara yang pertama sepenuhnya mempunyai
bangunan sendiri yang mampan di Asia Tenggara!


SUMBER : ERA HIJAU KELUARAN 1 -2012



Saturday, 1 September 2012

PUSAT KITAR SEMULA BERTENAGA SURIA DILANCARKAN!

Pusat kitar semula bertenaga suria sepenuhnya yang pertama di Malaysia di lancar
RABU, 23 MAC 2011 20:58 Oleh Shahfizal Musa Foto oleh Saliman Leman
















BANGI  23, Mar 2011­­-   UKM melancarkan pusat kitar semula yang pertama di Malaysia menggunakan tenaga  bertenaga suria sepenuhnya lengkap dengan LCD skrin 32 inci dan pemain DVD.
Bangunan tersebut direka bentuk oleh penyelidik UKM  Dr Azimin Samsul Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Alam flora untuk tujuan kitar semula.
Ketua Pegawai Eksekutif  Alam Flora Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Hassan menerangkan ciri- ciri unik yang di miliki oleh bangunan tersebut berkata,
“Dibina dalam seni bina mikro bertenaga hijau ini adalah pusat kitar semula pertama di Malaysia yang bertenaga sifar sepenuhnya iaitu menggunakan panel suria photovoltaic (PV).”
Tenaga untuk menyelenggarakan pusat tersebut di perolehi sepenuhnya dari panel suria yang dapat menghasilkan tenaga sebanyak 200 watt . Ini dapat menghidupkan sebuah kipas siling, tiga biji lampu sebuah LCD 32 inci dan pemain DVD.
Kos menghasilkan bangunan tersebut hanya lebih kurang RM 60,000. Ini di anggap jauh lebih murah jika dibanding kan dengan struktur yang mengunakan tenaga suria yang lain. Ini kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber kitar semula.
“Bangunan ini dibina menggunakan bahan-bahan pembinaan semula jadi dengan kombinasi bahan kitar semula” kata Mohd Zain.
Bangunan itu dibina dengan ciri yang membolehkan ia menyerap cahaya dan udara. Selain dari itu ia juga mempunyai sistem pengumpulan air hujan yang boleh di kitar semula untuk menyejukkan persekitaran dan untuk tujuan lain seperti mencuci dan menyiram pokok
Ciri -ciri bangunan ini sekali gus menjadikan Pusat kitar semula UKM menepati Green Building Index (GBI). GBI adalah ciri yang telah di gariskan untuk pembangunan lestari.
Mohd Zain kemudian memuji UKM kerana peranannya dalam mewujudkan kerjasama dan percaya UKM akan menjadi titik rujuk bagi Universiti lain yang mahu mewujudkan kampus lestari
Sementara itu Prof Dato’ Ir Dr Hassan Basri Timbalan Naib Canselor  (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata yang UKM ingin menjadi kampus sisa sifar dalam masa sepuluh tahun.
Dengan tujuan tersebut telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menjadikan aspirasi kampus sisa sifar menjadi realiti.
“Melalui pembentukan Jawatan Kuasa Inisiatif Kampus Sisa sifar, saya yakin UKM akan berjaya memenuhi sasaran 22 peratus kita semula sisa pepejal pada akhir tahun ini,” kata Hassan.
Pusat kitar semula tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang dijalankan untuk menjadi kampus mesra alam Di belakang tabir pula terdapat berbagai-bagai penyelidikan sedang dijalankan untuk mengitar semula sisa buangan menjadi barang yang bermanfaat.
“Beberapa penyelidikan tindakan (action research) antara UKM dan Alam Flora sedang dijalankan seperti penyelidikan, biogas, pengkomposan sisa makanan dan sisa taman and kitar semula kertas,”  kata beliau.
Beliau berharap UKM akan menjadi perintis dalam menerokai penyelidikan dalam bidang pengurusan sisa pepejal di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan rantau ini.
Upacara tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, Perbadanan Putrajaya, Alam Flora dan UKM.