Wednesday, 29 August 2012

POTENSI TENAGA SOLAR?


Hai kawan-kawan!



Tahukah kawan-kawan bahawa TENAGA SOLAR ini berpotensi untuk digunakan secara meluas di negara kita MALAYSIA?!



Agak-agak korang kenapa ya?? 
Mari kita lihat petikan daripada UTUSAN ONLINE di bawah ini :







Ya!! Malaysia mempunyai sumber cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun!





sebab....

Kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa!


NAMUN...




KOS pembinaan yg masih TINGGI!

Tuesday, 28 August 2012

PERBINCANGAN : FOKUS UTAMA

Kami telah berbincang untuk memfokuskan isu kami kepada 
PENGGUNAAN TENAGA SOLAR..

Jadi, kami pun mencari segala maklumat tentang 
penggunaan tenaga solar di Malaysia..

Kami juga bercadang untuk mencipta KERETA SOLAR! 
Yeay!!

Nantikan hasilnya yaa..;)



petang-petang..tempat kami kat pondok ni laa...;)

Tuesday, 7 August 2012

SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI


Ok kawan2! hari ni kita sembang pulak tentang 

SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI!

macam best je..jom layanzz!!!!!!

Muslim Cartoon

Ada 3 sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui iaitu :
1. Petroleum 
2. Gas asli
3. Arang batu

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini terhasil dari tanah adalah cecair, gas dan pepejal.


  • Minyak mentah (petroleum)adalah satu – satunya bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui yang komersial yang terdapat dalam bentuk cecair. 
  • Gas asli dan propana selalunya gas dan arang batu adalah pepejal.
  • Arang batu, petroleum, gas asli, dan propana semuanya adalah bahan bakar fosil kerana ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta – juta tahun yang lalu.

1. MINYAK (PETROLEUM)

Bagaimana minyak terbentuk?


Bagaimana ianya dijumpai?


  • Minyak mentah adalah berbau, 
  • berwarna kekuningan ke hitaman 
  • ia selalunya dijumpai di dalam tanah di satu kawasan yang dipanggil takungan. 


Para saintis dan jurutera mengkaji kawasan yang dipilih mengenai sample batuan dari Bumi. 
Apabila pengiraan telah dibuat, dan kawasan tersebut dikatakan mempunyai minyak, aktiviti mengorek akan dimulakan. 
Di atas lubang, satu struktur yang dikenali sebagai ‘derrick’ akan dibina untuk menempatkan peralatan dan paip – paip yang yang menuju ke takungan minyak. 
Apabila selesai, takungan minyak di mana minyaknya akan disalurkan ke permukaan. 




Pengeluaran dan hasil sampingan terhasilkan akibat pembakaran produk – produk petroleum. Produk – produk petroleum menghasilkan pengeluaran berikut apabila ia dibakar sebagai bahan bakar :

  • Karbon dioksida (CO2) (‘Carbon dioxide (CO2)’)
  • Karbon monoksida (CO) (‘Carbon monoxide (CO)’)
  • Sulfur dioksida (SO2) (‘Sulfur dioxide (SO2)’)
  • Nitrogen oksida (NOX) dan Kompoun Organik Mudah Meruap (VOC) (‘Nitrogen oxides (NOX) and Volatile Organic Compounds (VOC)’)
  • Jirim tertentu (‘Particulate matter (PM)’)
  • Plumbum dan pelbagai gas toksik seperti benzene, formaldehyde, acetaldehyde, dan 1,3-butadiene mungkin dihasilkan apabila terdapat beberapa jenis petroleum dibakar.

Hampir semua hasil – hasil sampingan ini mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan kita :

  1. Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau dan sumber kepada pemanasan global.
  2. SO2 menyebabkan hujan asid, yang mana mengancam tumbuhan dan haiwan yang tinggal di dalam air, dan ia memudaratkan penyakit respiratori dan jantung, khususnya untuk kanak – kanak dan orang tua.
  3. NOX dan VOC menyumbangkan kepada pemusnahan lapisan ozon, dan juga menyebabkan keradangan dan merosakkan paru – paru.
  4. PM menyebabkan keadaan berjerebu di Bandar dan kawasan sekitar, menyebabkan asma dan bronkitis kronik, terutama kanak – kanak dan orang tua. ‘PM yang seni’ (sangat – sangat kecil) juga menyebabkan emfisema dan kanser paru – paru.
  5. Plumbum memberikan kesan kematian kepada kesihatan, terutama kanak – kanak, dan gas toksik kemungkinan bersifat karsinogen.

2. GAS ASLI

Bagaimana Gas Asli Terbentuk?
  • Kandungan utama gas asli ialah metana, satu gas (atau kompoun) terdiri daripada satu atom karbon dan empat atom hidrogen. 
  • Berjuta – juta tahun yang lalu, reputan tumbuhan dan haiwan mereput dan terbentuk menjadi lapisan – lapisan tebal.
  • Jirim tumbuhan dan haiwan yang reput ini dipanggil sebagai bahan organik – benda hidup satu ketika dulu. 
  • Masa berlalu, pasir dan kelodak berubah menjadi batu, menutupi bahan organik, dan terperangkap di bawah batuan. 
  • Tekanan dan haba merubah sebahagian bahan organik kepada arang batu, sebahagian menjadi minyak (petroleum) dan sebahagian lagi kepada gas asli – gas yang tidak berbau.

Bagaimana Kita Menperolehi Gas Asli ?





Menyalurkan Gas Asli ke Pengguna: 

Gas asli disimpan terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pengguna. Ia disalurkan melalui saluran paip dari kawasan penghasilan ke pengguna.


Apabila disejukkan pada suhu yang rendah, lebih kurang -260°F, gas asli boleh berubah bentuk menjadi cecair dan boleh disimpan. Gas ali cecair (LNG) boleh ditempatkan ke dalam kapal tangki (kapal besar dengan beberapa tangki besar). Dan kemudian ditukarkan kembali ke dalam bentuk gas apabila ia sedia dimasukkan ke dalam saluran paip.

Bagaimana Gas Asli Digunakan?


  1. Gas asli digunakan untuk menghasilkan keluli, kaca, kertas, pakaian, batu bata, elektrik dan sebagai bahan mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk. Sebahagian produk tersebut ialah cat, baja, plastik, bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat – ubatan dan bahan letupan.
  2. Gas asli juga digunakan di rumah untuk menyalakan dapur, pemanas air, pewarna pakaian dan lain – lain peralatan elektrik.

3. ARANG BATU

Bagaimana Arang Batu terbentuk?



Kegunaan Arang Batu :

Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.

Arang batu banyak digunakan untuk menghasilkan elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik.

Pelbagai industri menggunakan arang batu dan hasil sampingannya. Kandungan bahan arang batu (seperti metanol dan etilena) digunakan dalam membuat plastik, serat sintetik, baja dan ubat – ubatan.

Arang batu juga digunakan untuk membuat keluli. Arang batu dibakar di dalam relau untuk membentu kok (hampas arang batu), yang mana ia digunakan untuk melebur bijih besi menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel untuk membina jambatan, bangunan dan kenderaan. Industri konkrit dan kertas juga menggunakan arang batu dengan jumlah yang besar.

Kelemahan : 

Lima bahan utama yang berasosiasi dengan penggunaan arang batu dalam sektor tenaga adalah :

  1. Sulfur dioksida (SO2), merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.
  2. Nitrogen oksida (NOx), yang mana terlibat dalam pembentukan hujan asid dan kabus fotokimia yang tebal.
  3. Zarah – zarah tertentu, merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.
  4. Karbon dioksida (CO2), yang merupakan gas rumah hijau yang utama yang dihasilkan dari penggunaan tenaga.
  5. Merkuri, yang dikaitkan dengan kerosakan perkembangan neurologi kepada manusia dan haiwan lain. Kepekatan merkuri di dalam udara selalunya rendah dan tidak membimbangkan. Namun, apabila merkuri memasuki air – sama ada secara terus atau menerusi pemendapan daripada udara – proses biologi menukarkan ia kepada metilmerkuri, bahan kimia toksik tinggi yang terkumpul di dalam ikan dan haiwan (termasuk manusia) yang makan ikan.


ok...tamat sudah cerita tentang 
SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI 
DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI...

JUMPA LAGI! K,BAI!~

Sunday, 5 August 2012

SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI

Assalamualaikum...tik tok tik tok..

"apa ni? masih tak clear la pasal kemapanan sumber...."



begitulah kata hati korang semua..
ceceh..bajet sungguh tuan belog ini sampai boleh membaca hati dan fikiran awak semua.
kali ni utk mengclearkan lagi pemahaman anda pasal tajuk kemapanan sumber, kami mahu  mengeshare maklumat kat bawah ni..
lets setat bebeh..!


Macam yang kita semua dah tahu, sumber – sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :


A )Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (‘Renewable energy’) 
B) Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui (‘Non-renewable energy’) 

Jom kita tengok dulu apa itu sumber tenaga yang boleh diperbaharui ni...



SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI 

Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.


Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.

Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas – gas rumah hijau.


1. SUMBER MATAHARI 


Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion – billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran – sinaran Matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.


--> Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk :


  • Memanaskan air – digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang
  • Memanaskan ruang – di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan – bangunan lain.

--> Dua kelemahan tenaga suria ialah :

  • Jumlah cahaya Matahari yang tiba di permukaan Bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca.
  • Disebabkan Matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga. 



--> Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam 2 cara :
a) Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’
b) Loji Kuasa Suria



Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’

Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ ini menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.


 


Maka, kawan-kawan, terbuktilah matahari mmg sgt berguna bagi kita...=)



nyanyi sket...muahaha.....





2. SUMBER ANGIN

Jom kita berkenalan dengan angin pula....=)

Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini ialah kitaran angin semula jadi.

Kitaran Angin Semulajadi 

 
                                      


Ketika waktu siang, udara pada permukaan darat menjadi panas lebih cepat berbanding udara pada permukaan air. Udara panas pada permukaan darat mengembang dan bergerak ke atas, kemudian udara yang lebih berat dan lebih sejuk dengan pantas mengisi ruang yang ditinggalkan, ini yang menyebabkan berlakunya angin. Pada waktu malam, prosesnya adalah terbalik kerana udara pada permukaan darat lebih cepat menjadi sejuk berbanding udara pada permukaan air. 

Tenaga Angin Boleh Menjana Elektrik ???

Ya, angin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia sentiasa bertiup.

Bagaimana Turbin Angin Berfungsi ?

 
windmill, 3d windmill, kincir angin,
                                             
  • Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin.
  • Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.


     Kelemahan Menggunakan Tenaga Angin

1.  Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk tenaga angin
2.  Tenaga angin hanya boleh diperolehi daripada kawasan yang mempunyai tiupan angin yang kuat.

Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit – bukau, kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung – ganang yang membentuk terusan angin.
3. Memberi kesan besar kepada populasi burung liar dan lanskap

Kesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin angin ialah ia memberi kesan negatif kepada populasi burung liar dan juga permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan bilah turbin angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan; tapi bagi yang lain, ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa konvensional. 


3. SUMBER AIR ( hidro )

Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik.


Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan.

Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai. 

Kelebihan tenaga air ini termasuklah :

1. Air adalah percuma. 
2. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan. 
3. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan. 



Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia.


Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro.

Air ni penting...jgn bazirkan air ye....

4. BAHAN BAKAR BIOJISIM

Apa biojisim nih?? biologi ke? jisim tu mcm berat ke? hehehehe..haa nak tahu,jom baca kat bawah ni...=)

Biojisim adalah tenaga yang boleh diperbaharui daripada tumbuhan dan haiwan... 
- Biojisim ni ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. 
- ia mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. 
- Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. 

Kenapa biojisim ni tenaga yang boleh diperbaharui ???

1. kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. 

Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah :
a) kayu
b) tanaman
c) baja
d) bahan buangan pepejal - sampah. 


Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.



Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain


--> Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.


--> Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

--> Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

--> Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun. 


--> Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.








Nanti kita sambung pula mengenai 
"SUMBER TENAGA YANG TAK BOLEH DIPERBAHARUI YE..."






Saturday, 4 August 2012

APA ITU KEMAPANAN SUMBER??...;)

Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam lagi...
Apa kata kita melihat dulu apa itu "KEMAPANAN SUMBER"??


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
"mapan" bermaksud tidak berubah-ubah ; mantap ; sudah kukuh. 
"kemapanan" membawa maksud keadaan mapan ; kemantapan ; 
"sumber" pula membawa maksud asal ; punca ; mula.


sebagai mana yang kita ketahui, SUMBER terbahagi kepada dua iaitu ; 
1) SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI 
spt air, matahari, udara dan tanah.
2) SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI
spt petroleum, gas asli, nuklear, 

Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa KEMAPANAN SUMBER 
merujuk kepada ;
Usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Sebagai hamba Allah di muka Bumi ini, kita bertanggungjawab untuk menjaga
dan memelihara alam ini dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menberi manfaat kepada kita dan seterusnya generasi akan datang supaya
dapat menikmati kehidupan yang selesa dan harmonis.